PETALING JAYA – Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar akan membuat siaran langsung di TikTok pada pukul 9 malam ini bersama bapa Muhammad Adham Mikail, jenazah bayi yang dibeku 16 hari.
Menerusi siaran langsung di TikTok miliknya, Datuk Zaharil memaklumkan bahawa dia dihubungi oleh Wan Cai mengatakan bapa bayi itu sudah bersedia.
“Wan Cai telefon saya, dan bapa arwah si mati ada bersama dengannya dan bersedia. Esok pukul 9 saya akan buat siaran langsung di TikTok. Kalau dia tak datang pun saya akan siaran langsung, jadi kamu boleh tahu apa yang jadi,” katanya dalam siaran langsung di TikTok semalam.
Siaran langsung tersebut dijangka membincangkan perkembangan kes yang melibatkan bayi Muhammad Adham Mikail, selain memberikan peluang kepada orang ramai untuk memahami isu tersebut secara langsung daripada pihak terlibat.
Ahmad Zaharil turut mengesahkan beliau akan tetap membuat siaran langsung walaupun bapa bayi tersebut tidak hadir.
“Saya tak cari tanggungjawab, tanggungjawab yang cari saya,” katanya.
Siaran langsung itu akan dibuat melalui akaun TikTok rasmi Ahmad Zaharil.
Terdahulu Kosmo! melaporkan satu mayat bayi lelaki didakwa ‘ditahan’ dalam peti mayat di sebuah hospital swasta kira-kira 16 hari, dipercayai selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk menuntut jenazah tersebut.
Kisah pilu itu dimuat naik pada Facebook pengurusan jenazah Islam Mr Wan Chai Official yang mengambil tanggungjawab untuk menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Bukan sahaja jasad bayi itu didakwa ‘ditahan’ selama 16 hari, ibunya juga dikatakan tidak dibenarkan keluar dari wad sehingga bil dibayar si bapa pada pukul 11 pagi kelmarin. – KOSMO! ONLINE
@nazz_phg tunggu live 9malam esok kt TT dato zaharil.. #semogadipermudahkansegalanya #justiceforbabyadham #babyadham #lawyerkotakpensil #datoahmadzaharil #fyp #foryoupage ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang