fbpx

Bukan rambut sahaja terbang, badan turut melayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut berdiri di tepi pintu kereta api untuk merakam gambar. - Jam Press

COLOMBO, Sri Lanka  – Seorang pelancong terjatuh daripada kereta api semasa bergayut pada pemegang pintu gerabak  untuk merakam swafoto semasa tren sedang bergerak, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Kejadian berlaku di Sri Lanka pada Sabtu lalu.

Berdasarkan video kejadian yang  tular, pelancong wanita dari China itu memegang pemegang pintu dengan keadaan badan dan kepalanya menjulur keluar.

Ketika kejadian, tren itu sedang bergerak laju, manakala aksi wanita berkenaan dirakam oleh seorang lelaki.

Secara tiba-tiba, kepala wanita itu mengenai dahan pokok, menyebabkan dia terjatuh daripada  kereta api.

Menurut laporan, kereta api tersebut berhenti di hentian seterusnya, manakala beberapa penumpang berlari ke arah wanita berkenaan untuk memeriksa keadaannya.

Mangsa tidak mengalami kecederaan serius kerana  jatuh di kawasan semak-samun. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI