fbpx

Piala Asean 2024: Aksi Harimau Malaya-Timor Leste ‘sendu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana hambar di pekarangan stadium sebelum perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 Malaysia menentang Timor Leste, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Suasana Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) agak ‘sendu’ menjelang aksi kedua Piala Asean 2024 melibatkan Harimau Malaya menentang Timor Leste, malam ini.

Perkarangan SNBJ yang biasa meriah dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Harimau Malaya kelihatan ‘sunyi’ dengan jangkaan penonton sekitar 5,000 penyokong.

Tinjauan Kosmo! sekitar pukul 7 malam di perkarangan SBJN melihat perkarangan SNBJ yang biasa meriah dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Harimau Malaya kelihatan ‘sunyi’ dengan jangkaan penonton sekitar 5,000 penyokong.

Faktor hujan pada sebelah petang selain perlawanan yang berlangsung pada hari bekerja mungkin merencatkan hasrat penyokong meskipun Selangor menikmati hari cuti susulan Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Penyokong setia Harimau Malaya, M Kamal Hassan, 58, berharap kehadiran penyokong meningkat pada perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Singapura pada 20 Disember ini.

“Mungkin lengang kerana perlawanan berlangsung pada hari bekerja dan juga lawan Malaysia yang kurang mencabar iaitu Timor Leste.

“Tetapi kalau perlawanan menentang Singapura nanti menjadi penentu ke separuh akhir, mungkin suasana akan berubah,” katanya yang hadir bersama isterinya, Faizah Mohd Deli, 53. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN