fbpx

Chelsea hantar ‘budak sekolah’ lawan Astana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARESCA (tengah) enggan mengambil risiko menghantar skuad utama menghadapi Astana di Kazakhstan malam ini. - AFP

LONDON – Chelsea mempertaruhkan pemain-pemain akademi untuk melayan aksi Liga Konferens Eropah menentang wakil Kazakhstan, Astana malam ini disebabkan memerlukan perjalanan pergi dan pulang sejauh 11,265 kilometer (km).

Difahamkan, pengurus Chelsea, Enzo Maresca enggan mengambil risiko menyenaraikan pemain-pemain skuad utama untuk ‘terbang’ ke Stadium Pavlodar Central bagi mengelak masalah kepenatan yang boleh menjejaskan pasukannya.

Ini kerana The Blues bakal berhadapan Brentford untuk aksi derbi London bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi Isnin nanti.

“Saya tidak pasti jika nama tersenarai bersama pasukan menaiki kapal terbang. Anda perlu tanya kepada bos (Maresca), lagipun perjalanan ini sangat jauh,” kata salah seorang tonggak senior Chelsea, Benoit Badiashile.

Biarpun masih belum ada kepastian senarai pemain bakal diturunkan, tetapi laporan-laporan di London hangat memperkatakan 11 nama daripada pasukan akademi akan diberikan tanggungjawab beraksi perlawanan tersebut.

Pemain-pemain itu ialah Harrison Murray-Campbell, 18, Kaiden Wilson, 19, Tyrique George, 18, Kiano Dyer, 18, Harrison McMahon, 18, Samuel Rak-Sakyi, 19, Ato Ampah, 18, Max Merrick, 19, Josh Acheampong, 18, Shumaira Mheuka, 17, dan Richard Olise, 20.

Berdasarkan peraturan, Chelsea tiada masalah untuk menyenaraikan seramai mungkin pemain-pemain muda berusia bawah 21 tahun yang lahir pada Januari 2003 ke atas bagi menghadapi saingan peringkat ketiga Eropah tersebut.

Sebagai rekod, Chelsea ketika ini mendahului carta Liga Konferens Eropah dengan 12 mata hasil kemenangan bersih daripada empat perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI