fbpx

Jodohku dari ‘live’ TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu bersama suaminya melangsungkan perkahwinan di Indonesia. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa dia bertemu jodoh menerusi aplikasi TikTok, lapor portal berita Wolipop semalam. 

Perkara itu dikongsikan menerusi platform TikTok oleh akaun @dhifatyara sebelum tular di media sosial. 

Rakaman yang dimuat naik di akaun sama memaparkan wanita itu sedang disolek sambil memakai baju pengantin. 

“Saya selalu buat ‘live’ di TikTok agar tidak berasa kesunyian. Namun, tiba-tiba saya berkahwin dengan lelaki yang beri hadiah (gift),” demikian menurut keterangan video itu. 

Menurut wanita tersebut, dia dijodohkan dengan pasangannya yang sering memberi ‘gift’ ketika bersiaran langsung di TikTok.

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Baik, saya mahu ‘live’ setiap hari,” komen seorang netizen. 

“Saya buat ‘live’ tapi tidak ada penonton,” komen pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN