fbpx

5 mayat ditemui dalam kolam ikan pekasam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA lelaki ditemui mati di dalam kolam ikan pekasam di Lom Sak. - The Nation

BANGKOK – Lima lelaki ditemui mati di dalam kolam ikan pekasam di sebuah kilang di daerah Lom Sak, wilayah Phetchabun petang semalam, lapor akhbar Bangkok Post.

Polis dimaklumkan tentang kematian Lam, 69; Lad, 68; Jakkrit Senaut, 59; Hia Wan dan Suparerk Chatchuea, masing-masing 30 tahun, di kilang tersebut kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan).

Sebelum penemuan mayat-mayat itu, seorang wanita berusia 66 tahun yang merupakan rakan pemilik kilang tersebut, memberitahu polis melalui panggilan kecemasan bahawa dia tidak dapat menghubungi menantu dan pekerja-pekerjanya.

Polis dimaklumkan bahawa pemilik kilang telah mengarahkan pekerja-pekerja itu membersihkan kolam sebelum terputus hubungan dengan mereka.

Polis sedang menyiasat punca kematian kesemua mangsa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI