fbpx

KPKT pulihkan 862 projek terbengkalai, sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Taskforce Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai berjaya memulihkan 862 projek atau 102,808
unit perumahan swasta dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM85.82 bilion dalam dua tahun.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, projek berkenaan pada asalnya dibangunkan oleh Sierra Delima Development Sdn. Bhd. melibatkan pembangunan empat blok kediaman namun tertangguh akibat masalah kewangan syarikat.

Beliau berkata, projek itu kemudian diambil alih 168 Park Selayang Sdn. Bhd. melibatkan pembangunan Pangsapuri Suite 21 tingkat bagi Blok A dan 40 tingkat Blok B yang kini dalam
pembinaan dan berstatus lancar.

“Sementara itu, Blok C memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan diserahkan kepada pembeli.

“KPKT amat berbesar hati atas komitmen pemaju dalam melancarkan semula projek ini yang sebelumnya merupakan ‘projek sakit’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kor Ming memberitahu, KPKT beriltizam memastikan tiada lagi projek perumahan terbengkalai menjelang tahun 2030.

“Secara keseluruhannya bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2024, intervensi dan pemantauan berterusan mendapati sebanyak 410 projek berjaya dipulihkan melibatkan 49,111 unit perumahan swasta dengan GDV bernilai RM46.01 bilion.

“Jumlah projek yang berjaya dipulihkan ini merangkumi 385 projek yang berjaya memperoleh CCC, 18 projek yang berstatus lewat kembali menjadi lancar dan tujuh projek terbengkalai yang dipulihkan melalui kaedah penyiapan projek sehingga memperoleh CCC/CFO dan kaedah penyelesaian pembeli,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI