fbpx

Pemilik rumah anak yatim direman pukul penghuni guna pembaris kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMILIK rumah jagaan anak yatim berusia 59 tahun direman selepas disyaki memukul kanak-kanak perempuan menggunakan pembaris kayu panjang.

KULAI – Pemilik rumah jagaan anak yatim di Taman Mas, di sini yang memukul kanak-kanak perempuan dengan menggunakan pembaris kayu panjang dalam video tular, direman enam hari, bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, permohonan tahanan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu sehingga Isnin depan dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Pontian.

Kelmarin, Seng Lee mengesahkan menerima laporan pada 10.29 malam pada Ahad lalu mengenai video tular berdurasi 56 saat memaparkan seorang lelaki memukul kanak-kanak perempuan dengan menggunakan pembaris panjang di pusat jagaan swasta tersebut.

Katanya, mangsa berusia 10 tahun itu telah dipukul oleh lelaki tempatan berkenaan yang juga penjaga rumah anak yatim tersebut pada Oktober lalu.

Tambahnya, suspek sama juga disyaki terlibat dalam kes rogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga penghuni rumah anak yatim sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI