fbpx

Permulaan positif Tang Jie-Ee Wei di Hangzhou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kanan) dan EE Wei langkah kanan di Hangzhou.

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mempamerkan kebangkitan luar biasa pada perlawanan pembukaan Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China selepas berjaya melepasi cabaran sengit menentang rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, sebentar tadi.

Walaupun terkejut dengan kekalahan pada set pertama, pasangan No. 8 dunia itu tidak mudah patah semangat apabila berjaya memperbaiki kesilapan sebelum menang dengan keputusan 14-21, 21-10, 21-14 dalam masa 50 minit.

Dalam perlawanan pertama itu, kedua-dua pasangan jelas kelihatan masih mencari rentak permainan terbaik dan sedikit melakukan kesilapan sekali gus membuka peluang kepada Soon Huat-Shevon untuk mencatat kemenangan pada set pertama.

Kesilapan tersebut berjaya ditebus dengan baik oleh Tang Jie-Ee Wei pada set kedua sebelum menang pada set ketiga. kemenangan tersebut membolehkan mereka menyamakan rekod pertemuan kepada 3-3 dalam enam perlawanan sebelum ini.

“Pada set pertama, taktikal kami tidak berapa lancar dan selepas itu kami bangkit dengan momentum dengan lebih baik pada set kedua dan ketiga di gelanggang ini. Saya rasa ini adalah kemenangan yang baik buat saya dan rakan saya,” kata Ee Wei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut pasti meningkatkan semangat Tang Jie-Ee Wei kerana selepas ini mereka dijadual berdepan gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja, pada perlawanan kedua Kumpulan B pagi esok. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI