fbpx

Che Ta ligat jual baju ‘preloved’, dapat 200,000 tanda suka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ta ligat berniaga menerusi platform TikTok walaupun dikecam ramai peminat berhubung hutang RM1 juta dengan Mara.

PETALING JAYA – Ketika kontroversi hutang RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjadi bualan, pelakon Rozita Che Ta dilihat ligat berniaga dalam aplikasi TikTok.

Menerusi siaran langsung, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mempromosikan baju ‘preloved’ (terpakai) miliknya serta ahli keluarga lain.

Kemunculan Che Ta nyata menarik tontonan lebih 20,000 pengguna selain mendapat sekitar 200,000 tanda suka.

Susulan isu hutang membabitkan dirinya, terdapat beberapa komen yang mempersoalkan keadaan pelakon filem Mat Kola itu berkaitan isu Mara.

Namun, Che Ta enggan menghiraukan komen-komen sebut apabila hanya memberikan fokus terhadap barang jualannya.

Semalam, rumah Che Ta telah dikunjungi pihak Mara bagi menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.

Serbuan dilakukan selepas isteri pelakon Zain Saidin itu didakwa tidak membayar hutang pinjaman dari agensi berkenaan berjumlah hampir RM1 juta.

Ketika kehadiran pegawai, hanya ibu pelakon tersebut sahaja yang berada di kediaman mewah tersebut.

Sementara itu, salah seorang anak pelakon terbabit iaitu Ammar Effendy tiba selepas sejam pihak Mara memasuki rumah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI