fbpx

‘Jay Iswazir akan minta izin dulu sebelum sentuh saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chacha Maembong memilih tidak mencampuri urusan peribadi Jay Iswariz yang didakwa mengasari bekas isterinya, Azzahra Ahmad. – FAUZI BAHARUDDIN

BANGI – Terkejut mendengar isu rumah tangga membabitkan rakan gandingan dalam drama, pelakon Chacha Maembong memilih tidak mencampuri urusan peribadi Jay Iswazir yang didakwa mengasari bekas isterinya, Azzahra Ahmad.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Rohani Ismail, 28, berkata, sepanjang bekerja dengan aktor itu dalam Lara Kasih, Jay merupakan individu yang menghormati semua orang di set penggambaran.

“Saya tak berani komen sebab saya tak kenal dia secara peribadi kerana kami tidak berbual pun kecuali hal kerja tapi saya selesa bekerja dengannya dan dia hormat semua orang.

“Contoh ada babak yang memerlukan dia menyerang saya, dia takkan sesuka hati tampar, sebaliknya akan minta izin dahulu sebelum nak sentuh saya.

“Jadi urusan di rumah atau bagaimana sikap dia kalau bukan bekerja saya memang tak tahu. Isu yang hangat diperkatakan sekarang berlaku di rumah. Dekat set memang tak pernah ada hal.

“Kalau tunggu ‘scene’, dia akan duduk tempat lain, tak pernah lepak sekali. Kalau kami lepak pun dengan kru lain. Dia memang ada dalam dunianya sendiri selain sangat bersungguh-sungguh apabila bekerja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Chacha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran trailer, poster dan lagu runut bunyi filem Limbunan: Tragedi Hitam 1975 di Bangi Golf Resort, semalam.

Pada masa sama, Chacha juga melihat personaliti Jay sebagai seorang yang kelakar dan penakut, namun tidak mengetahui karakternya ketika di luar penggambaran.

“Dia seorang yang profesional dan rapat dengan semua kru. Sebenarnya Jay juga kelakar dan penakut, itu yang saya nampak tapi di sebaliknya tak tahu,” ujarnya.

Menurut adik kepada pelakon Emma Maembong itu lagi, dia turut mengenali bekas isteri Jay memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam drama sebelum wanita itu berkahwin.

Biarpun tidak lagi berhubung, mereka mengikuti satu sama lain dalam Instagram sekali gus mengetahui dakwaan Jay mengasari Azzahra menerusi laman sosial.

“Bekas isterinya juga pelakon. Saya kenal dua-dua sebab itu saya tak nak berpihak mana-mana. Kalau boleh saya tak nak masuk campur pun urusan mereka. Yang saya tahu, Azzahra sangat baik dan lembut.

“Begitu juga dengan Jay. Apabila jadi macam itu, saya memang terkejut kerana mereka nampak macam okey,” katanya.

Terdahulu, Azzahra mendedahkan Jay pernah melakukan kekerasan sepanjang mereka bergelar pasangan suami isteri.

Dia bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana bimbang akan menjejaskan kerjaya bekas suaminya itu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun memilih untuk bercerai pada 28 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI