PETALING JAYA – Dosa hutang merupakan antara dosa yang tidak akan diampunkan, walaupun seseorang itu mati syahid.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, menyelesaikan hutang adalah satu amanah yang wajib ditunaikan walaupun selepas kematian.
“Dosa orang yang berhutang tidak akan diampun walaupun mati syahid.
“Rasulullah SAW bersabda, ‘Semua dosa orang yang mati syahid akan diampun kecuali hutang,’” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Asyraf Wajdi turut menyeru kepada umat Islam agar sentiasa berusaha melangsaikan hutang dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap amanah berkenaan. – KOSMO! ONLINE