fbpx

Young Tigress tak pandang rendah Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA (jersi merah) terpaksa akur tewas kepada India dalam aksi kedua Piala Remaja Asia semalam. - AHF

PETALING JAYA – Skuad hoki remaja wanita negara mahu melupakan episod kekalahan 0-5 ke atas India semalam dan mahu bangkit membenam Bangladesh dalam aksi saingan Kumpulan A pada Piala Remaja Wanita Asia 2024 esok.

Malaysia kini berada di tangga ketiga dengan tiga mata, wajib mencatat kemenangan ke atas Bangladesh untuk memastikan peluang terus terbuka kerana selepas ini skuad Young Tigress akan berdepan China.

China dan India ketika ini berkongsi enam mata apabila dipisahkan dengan perbezaan jaringan untuk masing-masing menghuni tempat pertama serta kedua.

Ketua jurulatih negara, Lailin Abu Hassan berkata, mereka mengambil kekalahan ke atas India m sebagai pengajaran terbaik dan mahu pasukannya menebus kekalahan sebelum berdepan China pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

“Kita tidak seharusnya mengambil mudah Bangladesh meskipun mereka menjadi pasukan belasahan dalam perlawanan terdahulu. Jadi, kita perlu menang ke atas Bangladesh

“Mereka mempunyai tiga atau empat pemain yang boleh menghadirkan masalah jika kita tidak mengambil serius cabaran yang mampu Bangladesh jelmakan nanti,” katanya.

Bangladesh kini berada di kedudukan terbawah kumpulan selepas dua kekalahan berturut-turut, manakala Malaysia di tangga ketiga dengan tiga mata hasil kemenangan ke atas Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI