fbpx

Isteri minta Mike Tyson henti bertinju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Tyson bersama isterinya, Spicer. - Foto AFP

WASHINGTON – Isteri bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson meminta supaya suaminya berhenti dari dunia sukan itu, lapor akhbar New York Post semalam.

Menurut anak lelaki Tyson, Amir, ibu tirinya, Lakiha ‘Kiki’ Spicer yang sebelum ini dipuji kerana berjaya mengubah kehidupan bekas juara tinju itu, membuat permintaan tersebut.

“Ibu tiri saya menyatakan bahawa (dunia tinju) dia (Tyson) sudah selesai,” katanya.

Amir menjadi terkenal kerana menemu bual bapanya sebelum berlawan dengan pesohor YouTube, Jake Paul untuk saluran televisyen Netflix pada bulan lalu di Stadium AT@T, Arlington.

Tyson, 58, menentang Paul hingga tewas dalam gelanggang.

“Saya mahu memberikan persembahan kepada peminat tetapi saya tidak mahu mencederakan seseorang yang tidak perlu dicederakan,” kata Paul. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI