fbpx

PM sementara Syria seru capai kestabilan, ketenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad al-Bashir mempengerusikan mesyuarat Kabinet baharu di Damsyik semalam. - AFP

DAMSYIK – Perdana Menteri sementara Syria, Mohammad al-Bashir menyatakan bahawa sudah tiba masa untuk negara itu mencapai kestabilan dan ketenangan, dua hari selepas bekas Presiden, Bashar al-Assad digulingkan oleh pemberontak.

Kumpulan pemberontak melantik Mohammad al-Bashir sebagai ketua kerajaan peralihan untuk mentadbir negara sehingga 1 Mac depan.

“Kini tiba masanya untuk rakyat negara ini menikmati kestabilan dan ketenangan,” katanya kepada saluran televisyen Al Jazeera Qatar dalam temu bual pertamanya sejak dilantik.

Bashar melarikan diri dari Syria ketika pakatan pembangkang memasuki ibu kota, Damsyik pada hujung minggu lalu sekali gus menamatkan pemerintahan kejam selama lima dekad oleh keluarganya.

Pemimpin serangan pemberontak, Abu Mohammed al-Jolani sebelum ini mengumumkan perbincangan mengenai peralihan kuasa dan berikrar untuk memburu bekas pegawai-pegawai kanan yang bertanggungjawab atas penyeksaan tahanan dan jenayah perang yang dilakukan.

Semalam, Abu Mohammed berusaha untuk meredakan kebimbangan tentang bagaimana Syria akan diperintah, dengan memberitahu stesen penyiaran Sky News bahawa negara itu tidak akan berperang lagi.

“Syria akan dibina semula. Negara sedang menuju ke arah pembangunan dan pembinaan semula. Ia menuju ke arah kestabilan.

“Rakyat keletihan kerana perang. Negara ini tidak bersedia untuk satu lagi peperangan dan ia tidak akan berperang lagi,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI