fbpx

‘Jika saya khianati negara, seluruh Kabinet termasuk TPM juga khianat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Mahathir ketika sidang akhbar berkenaan RCI Batu Puteh di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.- Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan kononnya beliau ‘pengkhianat negara’ susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas kerajaan menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2018.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sama sekali tidak berhasrat menggadai kedaulatan Malaysia dan menegaskan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama serta negara.

“Jika saya khianati negara, maka seluruh Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) pada masa (2018) itu juga khianat,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, beliau berpandangan keputusan ICJ mengenai Batu Puteh selaras dengan komitmen yang dibuat kepada negara lain dan Batuan Tengah yang dianugerahkan kepada Malaysia pula dianggap lebih berharga berbanding Batu Puteh, yang dianugerahkan kepada Singapura.

Dr Mahathir berkata, beliau hairan kenapa digelar pengkhianat sedangkan beliau melakukannya tanpa sebarang keuntungan peribadi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan melepaskan Batu Puteh kepada Singapura dianggap sebagai pengkhianatan besar kepada negara.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, ketika semakan dan tafsiran kes ini dibuat pada 2018, Dr Wan Azizah duduk disebelahnya dan didakwa tidak membantah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI