fbpx

Bagasi berisi mayat ditemui dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi penemuan bagasi berisi mayat manusia di kawasan Taman Cheras Perdana, Kajang, hari ini.

KAJANG – Sebuah bagasi berwarna biru yang mengandungi mayat ditemui di dalam longkang di kawasan Taman Cheras Perdana, di sini, hari ini.

Penemuan tersebut mengejutkan penduduk setempat dan kini sedang disiasat oleh pihak polis.

Difahamkan, bagasi itu ditemukan di lokasi kejadian dalam keadaan berkunci dan diikat dengan tali merah.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan penemuan mayat tersebut.

Katanya, maklumat lanjut serta kenyataan rasmi akan diberikan Ketua Polis Daerah Kajang dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan penduduk di lokasi terkejut dengan penemuan bagasi yang dalam keadaan mencurigakan.

Penemuan awal mendapati bagasi tersebut mengeluarkan bau busuk dengan lalat dan ulat kecil disekitarnya.

Susulan itu, laporan polis dibuat untuk menjalankan siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI