fbpx

Penjawat awam Perlis dapat bonus RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000 kepada 1,417 penjawat awam negeri itu.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, pemberian BKK adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam yang telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan negeri juga sentiasa cakna dan prihatin terhadap motivasi dan kebajikan semua penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini.

“Semua penjawat awam termasuk pegawai lantikan secara kontrak juga tidak terkecuali,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, di sini hari ini.

Terdapat seramai 1,417 penjawat awam negeri dan pemberian BKK itu melibatkan komitmen kewangan RM2.834 juta dan bayaran akan dibuat secara dua kali pembayaran iaitu pada bulan ini dan Mac tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI