fbpx

Kereta mengejar, motosikal Zaharif memperlahan kelajuan dan dilanggar – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazri ketika hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Seorang pegawai polis menyifatkan kejadian perlanggaran membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Ativa dengan motosikal ditunggang Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, sebagai luar biasa.

Ini kerana, jelas Inspektor Jong Pit Chao, 37, terdapat elemen pengejaran antara kereta tersebut dengan motosikal mangsa sebelum perlanggaran berlaku.

Bahkan saksi pendakwaan ke-29 itu memberitahu, kedua-dua kenderaan juga tiada di lokasi perlanggaran ketika dia tiba di tempat kejadian.

“Dari mula saya terima maklumat mengatakan berlaku perlanggaran berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati melibatkan kereta dan motosikal.

“Menurut saksi awam, motosikal itu telah memperlahankan kelajuan dan kereta Perodua Ativa yang mengekori dari belakang telah langgar motosikal tersebut.

“Maksudnya, ini merupakan satu kejadian luar biasa di mana wujudnya kejadian mengejar antara kereta Ativa dan motosikal yang ditunggang mangsa,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Terdahulu, Pit Chao berkata, berdasarkan keterangan secara lisan oleh saksi awam, kejadian bermula dengan mangsa yang menunggang motosikal telah membuat bunyi bising ekzos.

Ujarnya, saksi awam memaklumkan kepadanya sebuah kereta Perodua Ativa telah datang dari arah SMK Jati dan mengejar mangsa sebelum kedua-dua kenderaan itu berpatah balik ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI