fbpx

Hutang wajib dibayar – Pengerusi Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – “Hutang wajib dibayar! Usah merayu kepada kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang,” kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Menerusi hantaran Facebook, beliau menegaskan mahu menjaga amanah wang rakyat di bawah agensi tersebut.

“Saya menjaga amanah wang rakyat di bawah Mara, bakal dipersoalkan Allah kelak,” katanya tanpa menyebut nama individu atau pihak berkaitan hutang tersebut.

Asyraf Wajdi berkata, Mara tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam mengambil tindakan.

“Mara terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang. Malah sebelum apa jua tindakan perundangan dilakukan, nilai ihsan juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke Mara berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka.

“Namun jika semua usaha ini masih culas, sengaja tidak mahu membayar (procrastination) walaupun berkemampuan, bahkan boleh pula memperagakan kemewahan di media sosial, Mara tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan,” ujarnya.

Katanya, tindakan perundangan yang diambil bermakna jalan terakhir untuk memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI