PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir melibatkan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah sehingga 5 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan antara kawasan yang bakal terjejas denfan cuaca buruk itu adalah Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).
“Walaubagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan meliputi seluruh Semenanjung negara termasuk Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan petang ini,” katanya.
Orang ramai yang berada di kawasan terjejas dinasihati untuk berwaspada dengan banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang. – KOSMO! ONLINE