fbpx

Hakim syarie kena adil, berani – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nai’m pada Majlis Zakat Korporat 2024 di WTCKL, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengingatkan hakim syarie melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan berani.

Menurutnya, dalam masa sama beliau juga akan mengingatkan hakim-hakim syarie untuk segera dalam membuat penghakiman.

“Saya menjunjung kasih keprihatinan Sultan Selangor atas perkara yang sepatutnya dilakukan oleh hakim Mahkamah Syariah. Saya rasa bukan saja di negeri Selangor, tapi hakim seluruh negara.

“Hakim-hakim ini ada tanggungjawab untuk melaksanakan keadilan, dengan adil tanpa rasa takut. Saya pun lama sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah.

“Memang saya kerap arahkan hakim syarie dapat buat keputusan berani tanpa pengaruh. Sebab itulah saya sokong sangat dan menjunjung titah Sultan Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Zakat Korporat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Mohd. Na’im berkata, atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beliau akan memastikan untuk mengingatkan hakim-hakim syarie membuat keputusan penghakiman dengan seadil-adilnya.

“Selain keputusan adil… berani. Maksud Tuanku berani dalam masa sama kena cepat. Baginda sangat prihatin terutama kes yang lambat diselesaikan di Mahkamah Syariah Selangor.

“Dulu masa saya Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Tuanku kerap ingatkan saya supaya ingatkan hakim di Selangor selain buat keputusan adil, kena segera buat penghakiman. Jangan tunggu sampai bertahun-tahun untuk selesaikan sesuatu kes,” katanya.

Semalam, Sultan Sharafuddin menitahkan semua hakim syarie di negara ini supaya berani membuat keputusan berlandaskan prinsip keadilan menurut Islam meskipun ada pihak cuba mempertikaikannya.

Baginda bertitah, semua hakim syarie perlu menjalankan kuasa kehakiman selaras dengan seruan Allah kepada hakim yang dilantik supaya menjauhi kezaliman dan menegakkan keadilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI