fbpx

Dua PPS dinaiki air, banjir di Sarawak semakin teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di PPS yang dinaiki air akibat banjir yang semakin serius di Sarawak,

KUCHING – Hari kedua situasi banjir di Sarawak menyaksikan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini turut dinaiki air dan terpaksa dialihkan hari ini.

Dua PPS tersebut adalah PPS Desa Wira di Batu Kawa dan PPS Malihah di Matang melibatkan lebih 200 mangsa banjir.

Mangsa terjejas yang ditempatkan di PPS Desa Wira itu telah dipindahkan ke PPS Stapok manakala PPS Malihah dipindahkan ke PPS SJK Chung Hua Sungai Tengah.

Setakat pukul 4 petang tadi, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak mencegah 3,387 mangsa dengan jumlah 46 PPS di seluruh negeri.

Sejumlah 2,494 mangsa adalah di dalam bahagian Kuching, manakala 719 mangsa di Serian, 145 di Samarahan dan 29 di Miri.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin menyeru penduduk negeri Sarawak yang menetap di kawasan rendah untuk berpindah ke kawasan lebih tinggi.

“Hujan lebat berterusan mengakibatkan banyak air masuk ke kawasan tadahan Sungai Sarawak yang juga bertepatan dengan air pasang besar lalu menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air sejak semalam (13 Jan).

“Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) telah mengerahkan pasukan mereka ke kampung-kampung yang mempunyai stesen telemetri.

“Hal ini bagi menjelaskan kepada penduduk setempat mengenai keperluan untuk bergerak ke tempat yang lebih tinggi setelah siren dari stesen berkenaan diaktifkan sebagai tanda kenaikan paras air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI