fbpx

Tiada perkahwinan Tengku Hassanal April depan – Istana Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

KUANTAN – Istana Pahang menafikan dakwaan seorang wanita melalui media sosial Instagram yang mendakwa dia akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, pihak istana menafikan sebarang istiadat perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada April tahun hadapan.

“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuatnaik selain daripada Portal Rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang.

“Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hantaran di laman media sosial Instagram yang dimuatnaik sendiri oleh pengguna platform dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan ‘menerangkan’ berkenaan majlis perkahwinannya bersama Tengku Mahkota Pahang.

Menurut hantaran di story Instagram berkenaan, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun depan dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI