fbpx

[VIDEO] Mara sita barang tidak sampai RM100,000 dalam rumah Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil peguam Mara telah menyerahkan writ sitaan hari ini berikutan tiada maklum balas serta kerjasama dari Rozita sebelum ini.

PETALING JAYA – Rumah pelakon sensasi, Rozita Che Wan atau Che Ta telah diserbu pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediaman tersebut pagi ini.

Wakil peguam Mara yang enggan dikenali berkata, pihaknya telah menyerahkan writ terbabit hari ini berikutan tiada maklum balas serta kerjasama dari selebriti itu sebelum ini.

“Ini kali kedua pihak kami datang, kali pertama pada bulan lepas (November), hari ini pihak Mara datang untuk menilai jumlah barangan yang disita.

“Sebelum ini kami tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah ini, kemudian kami dapat perintah mahkamah dan berjaya untuk masuk dan menyita barangan.

“Mengikut penilaian, jumlah nilaian barang yang ada di kediaman ini tidak sampai RM100,000 pun,” jelasnya kepada Kosmo! hari ini.

Katanya lagi, pihak Mara akan terus melakukan pengambilan barangan pada petang ini juga dan akan melakukan lelongan barangan sita dalam masa terdekat.

“Buat masa ni nilai barangan masih tidak mencukupi, Mara akan lakukan lelongan dalam tempoh terdekat, mungkin dalam tempoh dua minggu.

“Pihak kami akan tunggu perintah mahkamah, jika ada rundingan. Kebanyakkan barang yang disita hari ini adalah barangan rumah sahaja,” katanya.

Terdahulu, serbuan dikhabarkan dilakukan oleh pihak Mara ke kediaman Che Ta di Kota Damansara setelah pelakon tersebut tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM1 juta.

Ketika serbuan dibuat pagi ini, hanya kelibat ibu pelakon tersebut sahaja yang ada mendiami rumah mewah di Kota Damansara itu.

Manakala salah seorang anak pelakon itu tiba selepas satu jam pihak Mara memasuki rumah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI