fbpx

‘Bukan keputusan saya seorang, ia keputusan Kabinet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Mahathir ketika sidang akhbar berkenaan RCI Batu Puteh di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini. -Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh bermotifkan politik semata-mata dan mahu ‘menghancurkannya’.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mendapati laporan yang dibuat itu dilihat mahu mencari jalan untuk menjatuhkan imej dan reputasinya.

“Ya, ini memang bermotifkan politik. Saya rasa sangat begitu. Tujuannya adalah untuk menghancurkan saya dengan memanggil saya pengkhianat dan sebagainya.

“Kita kena pegang pada undang-undang dan apa sebenarnya berlaku tetapi kita dapati laporan ini yang dibuat oleh RCI ini cari jalan nak tumpu kepada saya kononnya saya buat keputusan ini seorang diri. Ini tidak betul,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini

Katanya, beliau juga mendapati, laporan RCI itu sendiri berat sebelah kerana hanya menuding kesalahan itu kepadanya sahaja.

Dr Mahathir berkata, beliau ingin menegaskan bahawa keputusan melepaskan Batu Puteh ketika itu dibuat secara bersama dan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Jadi, kertas (RCI) ini nampaknya menunjukkan bahawa sayalah yang bertanggungjawab. Tetapi bukan saya seorang. Ia adalah keputusan Kabinet.

“Namun, sudah tentu mereka tidak boleh mendakwa keseluruhan Kabinet. Jadi, mereka mahu mendakwa saya sahaja di bawah undang-undang jenayah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI