fbpx

Remaja lemas jatuh loji air ketika menjala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat Mohamad Saril yang mati lemas selepas terjatuh ke dalam loji air berhampiran Yoyo Rakit, Jalan Utama, Felda Cahaya Baru, Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Keseronokan empat remaja menjala ikan di loji air berhampiran Yoyo Rakit, Jalan Utama, Felda Cahaya Baru, Masai di sini bertukar tragedi apabila salah seorang mereka ditemukan lemas.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ramli A Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.17 petang dan seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi tersebut.

“Apabila anggota tiba di lokasi, pihak kami mendapat maklumat mangsa dikenali sebagai Mohamad Saril Masrabi berusia 14 tahun terjatuh ke dalam loji ketika menjala ikan di pintu air bersama rakan-rakannya.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan menggunakan peralatan seperti grappling iron dan tali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, mangsa berjaya dijumpai pada pukul 5.25 petang tidak jauh dari lokasi dia terjatuh dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI