RAWANG – Satu mayat ditemui di kawasan susur keluar Rawang Bypass, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima arahan bantuan angkat mayat sekitar pukul 10.09 pagi tadi.
Katanya, seramai 10 anggota serta dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, terdapat satu mayat yang tidak dapat dikenal pasti. Pihak bomba kemudian menunggu pihak forensik polis untuk hadir ke lokasi kejadian sebelum mayat diangkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.