fbpx

Penyanyi wanita meninggal dunia selepas kena urut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan Chayada Prao-hom. - Guitar Record

BANGKOK – Seorang penyanyi wanita meninggal dunia selepas menjalani rawatan urut pada bahagian leher di sebuah kedai urut dalam wilayah Udon Thani, lapor akhbar Bangkok Post semalam. 

Chayada Prao-hom disahkan meninggal dunia sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Udon Thani semalam akibat jangkitan dalam darah dan pembengkakan otak. 

Teman lelaki Prao-hom berkata, mangsa mengalami sakit belakang selepas mengadakan persembahan pada 5 Oktober lalu. 

“Selepas diurut, Prao-hom mula rasa kebas pada separuh badan, manakala lengan kirinya tidak dapat digerakkan,” katanya. 

Menerusi hantaran di laman Facebook pada 6 November lalu, Prao-hom sempat memberitahu peminatnya bahawa dia mengalami lebam dan bengkak pada bahagian tangan selepas sesi ketiga urutan tersebut. 

“Saya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kedai urut tersebut tetapi tidak pasti sama ada cukup bukti untuk berbuat sedemikian,” tambah teman lelakinya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan (HSS) Arkom Praditsuwan berkata, pihaknya akan menyemak kedai urut yang dikunjungi mangsa. 

“Kami akan meneliti sama ada perkhidmatan urutan yang diberikan kepada mangsa adalah betul dan sejajar dengan standard urutan tradisional Thai,” tambah Praditsuwan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI