fbpx

Warga emas dalam rumah maut dirempuh kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta berwarna hitam yang rosak selepas merempuh rumah di Eastern Avenue, Ilford. - UKNIP

LONDON – Seorang warga emas berusia dalam lingkungan 60-an terbunuh selepas dilanggar sebuah kereta yang merempuh kediamannya dalam kemalangan di timur London, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku kejiranan Eastern Avenue, bandar Ilford di England. 

Perkhidmatan kecemasan dikerah ke tempat kejadian sekitar pukul 4.10 petang (waktu tempatan) selepas menerima laporan kemalangan.

“Sebuah kereta merempuh pejalan kaki, kenderaan lain dan sebuah bangunan. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia sejurus selepas anggota polis, paramedik dan bomba tiba untuk memberi bantuan. 

“Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak ditangkap,” tambah polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI