fbpx

Kemboja belum pamer taring sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SA TY meledak gol kedua buat Kemboja ketika seri 2-2 dengan Malaysia di Phnom Penh semalam. - FFC

PENGENDALI Kemboja, Koji Gyotoku menganggap pasukannya belum menunjukkan kemampuan sebenar ketika mencatat keputusan seri 2-2 dengan Malaysia di Stadium Phnom Penh semalam.

Di sebalik kepuasan mencuri satu mata daripada Malaysia yang dilihat sebagai pilihan untuk menang, Gyotoku percaya keserasian antara pemainnya belum lagi terbina memandangkan mereka hanya mempunyai tempoh singkat dalam melakukan persiapan.

“Bagi saya, masih terdapat banyak perkara perlu kami ubah kerana panggilan kebangsaan kali ini dibuat lima hari sebelum perlawanan berlangsung. Jadi saya percaya dari aspek permainan kami belum lagi konsisten.

“Tetapi pemain beraksi mengikut apa yang saya mahukan dan saya merasakan ada beberapa perkara harus diubah semasa perlawanan,” katanya.

Walaupun aspek teknikal individu lebih berpihak kepada Malaysia, tuan rumah yang tampil dengan wajah baharu nyata mahu membuktikan sesuatu dan keputusan itu adalah perkembangan positif buat skuad Angkor Warriors.

Walaupun terlebih dahulu ketinggalan hasil jaringan Stuart Wilkin, Gyotoku nyata gembira untuk melihat semangat juang pemain hingga memperoleh dua gol dalam tempoh tujuh minit menerusi Abdel Kader Coulibaly dan Sa Ty.

Hasrat mereka mengutip kemenangan bermakna ke atas Malaysia tidak kesampaian apabila Fergus Tierney menyamakan kedudukan buat Harimau Malaya.

Rabu ini, Kemboja akan turun buat kali kedua menentang juara empat kali, Singapura di National Stadium Kallang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI