fbpx

‘Saya bertuah tidak pernah hamil ketika bercinta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REKHA

SECARA terbuka membongkar cerita dalam kain, pengakuan berani aktres tersohor Rekha dalam buku berjudul Rekha: The Untold Story mengundang kontroversi.

Segala cerita cinta lalu dan hubungan sulit dengan ramai lelaki dikongsikan secara terbuka.

Bagi bintang filem yang kini sudah mencecah usia 74 tahun, tiada apa yang perlu dimalukan terutama hubungan seks sebelum berkahwin.

Pelakon yang sememangnya kerap dihambat kontroversi ketika zaman mudanya menyifatkan dia bukan seperti orang lain atau menunjuk-nunjuk baik.

“Tak mungkin kamu intim dengan lelaki tanpa melakukan hubungan seksual. Saya bertuah tidak pernah hamil ketika bercinta.

“Siapa kata perempuan yang belum bernikah tak boleh melakukan seks, itu semua cakap kosong,” katanya ketika diwawancara sebuah portal hiburan.

Buku tersebut turut mendedahkan kehidupan Rekha dengan suami pertamanya, Vinod Mehra selain punca dia menjadi ketagih seks dan digelar ‘man eater’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI