fbpx

Kontrak baharu Salah gembirakan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH dikatakan sudah menandantangani kontrak lanjutan selama dua tahun untuk terus kekal di Anfield. - AFP

LIVERPOOL – Liverpool mendapat tonik terbaik bagi mengekalkan rekod bersih dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini selepas pemain sayap, Mohamed Salah dilaporkan sudah bersetuju dengan kontrak baharu selama dua tahun.

Perkembangan terbaharu itu pastinya memberi suntikan semangat buat The Reds bagi mencatat kemenangan keenam menjelang pertemuan menentang Girona di Stadium Montilivi awal pagi esok.

Setakat ini, Liverpool merupakan salah satu daripada tiga pasukan yang masih kekal dengan rekod tanpa kalah dalam saingan UCL termasuk juara Serie A, Inter Milan dan satu lagi kelab dari Itali, Atalanta.

Difahamkan, Salah meminta perjanjian baharu selama tiga tahun dengan Liverpool hanya menawarkan kontrak lanjutan setahun, namun difahamkan kata sepakat sudah dicapai dengan tawaran akhir selama dua tahun.

Persetujuan kontrak baharu dengan Salah dianggap sebagai rahmat buat pasukan itu memandangkan dia mempamerkan aksi cukup baik sepanjang saingan musim ini apabila sudah meledak 13 gol dan melakukan lapan umpanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Peminat-peminat Liverpool kini boleh menarik nafas lega apabila pemain kunci mereka itu akan kekal beraksi di Anfield sehingga 2027 memandangkan kontrak asalnya sepatutnya tamat penghujung musim ini.

Selain Salah, pengurus Liverpool juga sedang berusaha untuk terus mengikat kapten pasukan, Virgil van Dijk serta bek kanan, Trent Alexander-Arnold memandangkan mereka juga berada dalam tahun terakhir kontrak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI