fbpx

Shah Rukh Khan tak guna orang dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara atau kenalan yang membuka laluan kepadanya memasuki dunia lakonan.

Datang dari Delhi ke Mumbai dengan tangan kosong pada usia awal 20-an, aktor itu melalui zaman sukar dalam usaha meloloskan diri sebagai anak seni.

Katanya, pengembaraan yang bermula di layar kaca sekitar 1980-an sebelum dikenali di layar perak 10 tahun kemudian menerusi filem Deewana bukan perjalanan mudah terutama bagi orang luar sepertinya.

Namun akui aktor yang kini berusia 59 tahun itu, dia bangga kerana tidak menggunakan orang dalam atau ‘kabel’ seperti kebanyakan anak seni lain dan pendatang baharu termasuk anak-anaknya hari ini.

Bollywood sebenarnya cukup sinonim dengan amalan nepotisme dengan hanya membuka laluan kepada anak-anak atau saudara terdekat kepada mana-mana bintang sedia ada untuk lebih mudah diterima industri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI