fbpx

EPL: VAR bukan punca Arsenal hanya seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOL daripada Saka (tengah) pada penghujung perlawanan dibatalkan oleh VAR disebabkan ofsaid. - AFP

LONDON – Prestasi yang dijelmakan Fulham memberikan sebab utama kepada pengurus Arsenal, Mikel Arteta untuk menerima keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage kelmarin.

Bagaimanapun, Arteta menjelaskan beliau timbul perasaan ralat kerana tidak mampu memastikan tiga mata kerana merasakan pasukannya lebih berhak untuk memenangi aksi tersebut.

“Agak kesal kerana kami tidak mampu meraih kemenangan kerana kami sebenarnya lebih berhak untuk dapatkan tiga mata. Tetapi inilah kualiti yang ada pada pasukan lawan.

“Jadi kami tidak boleh menangis untuk meratapi keputusan kali ini. Kami mencipta peluang walaupun agak sukar untuk kami menyerang,” katanya.

Pada perlawanan itu, pertahanan The Gunners, William Saliba muncul penyelamat apabila meledak gol penyamaan selepas Fulham terlebih dahulu berada di depan menerusi ledakan Raul Jimenez.

Arsenal sepatutnya berpeluang membawa tiga mata menerusi jaringan Bukayo Saka di penghujung perlawanan tetapi Video Bantuan Pengadil (VAR) membatalkan gol tersebut selepas mendapati Gabriel Martinelli berada dalam kedudukan ofsaid.

Sepanjang perlawanan, Arsenal menguasai 70 peratus permainan dan Arteta menjelaskan anak-anak buahnya sudah melakukan segala-galanya untuk menang.

“Kami terlalu hampir untuk mengesahkan kemenangan di mana kami sudah melakukan apa saja bagi memastikan kejayaan tetapi ia tidak berlaku,” jelas Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI