fbpx

‘Semoga LMK jumpa suami sempurna, serlahkan sisi sebenarnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa mendoakan agar adiknya, Ameera dipertemukan jodoh yang sempurna.

PETALING JAYA – Selebriti popular, Neelofa mendoakan agar adiknya, Ameera Khan dipertemukan dengan lelaki sempurna bersempena dengan hari ulang kelahiran pempengaruh tersebut.

Pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, itu meluahkan rasa bangga terhadap wanita berusia 24 tahun itu atas pencapaian yang dikecapi.

“Adik, saya bangga dengan awak dan awak bakal menjadi wanita hebat kelak.

“Doa saya supaya awak jumpa suami yang sempurna yang akan membantu menonjolkan sisi sebenar dari diri awak,” katanya dalam InstaStory.

Menyokong penuh perniagaan Ameera, ibu kepada dua orang anak itu tidak sabar melihat kejayaan seterusnya yang bakal digapai darah dagingnya itu.

“Teruskan mengejar impian LMK dan Ellemkay yang besar.

“Saya tahu awak akan merealisasikan dan ubah menjadi realiti indah.

“Tak sabar nak lihat semua kejayaan tersebut berlaku. Terus gapai kejayaan, sayang awak sangat,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ameera pernah memberitahu dia mendambakan lelaki romantik dan mempunyai sisi komedi yang luar biasa.

Dia juga pernah mencetuskan spekulasi mempunyai hubungan dengan aktor kontroversi Indonesia, Jefri Nichol.

Selain Jefri, Ameera juga pernah terkait gosip cinta dengan pelakon Meerqeen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI