fbpx

Dr. Norhizan dilantik Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Norhizan (kiri).

PUTRAJAYA – Datuk Dr. Norhizan Ismail dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang baharu berkuat kuasa esok.

KKM menerusi kenyataan berkata, Dr. Norhizan dilantik bagi menggantikan Datuk Dr. Rohaizat Yon yang bersara pada 31 Disember tahun lalu.

Menurutnya, sebelum ini, Norhizan adalah Pengarah, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM.

“Beliau juga pernah memegang jawatan di antaranya sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Timbalan Pengarah (Survelan), Bahagian Kawalan Penyakit, KKM serta berpengalaman luas di peringkat negeri, daerah dan hospital.

“Semoga kecemerlangan Program Perubatan KKM dapat diteruskan dengan sebaiknya di dalam suasana yang amat getir menghadapi pandemik Covid-19-,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI