fbpx

Harimau Malaya berpeluang cerah layak ke Piala Asia 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAGUH Asia Tenggara, Vietnam bakal menjadi halangan terbesar Harimau Malaya apabila diundi dalam Kumpulan F bersama Nepal dan Laos.

KUALA LUMPUR – Jaguh Asia Tenggara, Vietnam menjadi cabaran utama buat Harimau Malaya pada kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula Mac ini.

Pada majlis undian hari ini, pasukan negara yang bakal dilatih pengendali baharu dan Vietnam berada dalam Kumpulan F bersama Nepal serta Laos.

Hasil undian kali ini juga menyaksikan Harimau Malaya memiliki peluang agak baik untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia buat kali kedua berturut-turut.

Disebalik misi menang ke atas Golden Star Warriors, peluang seakan condong kepada Harimau Malaya memandangkan Vietnam kini sedang dihimpit masalah prestasi apabila hanya meraih satu kemenangan dan sekali seri dalam 11 perlawanan rasmi sepanjang 2024.

Bagaimanapun skuad negara perlu memastikan persiapan lebih baik dimana format kali ini menyaksikan hanya juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI