fbpx

Perundingan perkahwinan kahwin hari pertama PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin baru, Mohamad Taufeeq dan Nurhizzaty terpaksa melangsungkan akad nikah lebih awal susulan pelaksanaan PKP semalam.

SEGAMAT – Perunding perkahwinan TaufeeqAdam Weddings & Event, mencipta kenangan manis apabila melangsungkan pernikahan di hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini semalam.

Mohamad Taufeeq Adam, 34, dan pasangannya, Nurhizzaty Abu Hasan sah bergelar suami isteri di Pejabat Kadi Segamat di sini.

“Kebetulan tarikh nikah pada hari PKP, nak tunda pun dah tak sempat.

“Semua persiapan perkahwinan siap lama, semua sudah tempah sejak tahun lalu seperti jurufoto, katering, dewan dan lain-lain.

“Nasib baik saya memang buat bisnes bridal, jadi pelamin memang saya boleh pasang sendiri. Alhamdulilllah jimat banyak kos di situ,”katanya ketika dihubungi di sini.

Namun, perniagaan perunding perkahwinan miliknya turut terkesan dan terjejas apabila PKP dilaksanakan semula di Johor bermula kelmarin sehingga 26 Januari 2021.

“Ramai bakal pengantin terpaksa menunda dan lebih menyedihkan membatalkan acara nikah dan persandingan mereka kerana majlis perkahwinan tidak dibenarkan berlangsung di kawasan yang dilaksanakan PKP.

“Saya turut kerugian kira-kira RM5,000 hingga RM10,000 apabila lebih daripada empat pasangan pengantin membatalkan tempahan solekan, pelamin nikah dan pelamin persandingan mereka pada saat-saat akhir,”katanya.

Anak jati kelahiran Segamat itu telah berkerjasama dengan lebih 50 personaliti dan selebriti terkenal tanah air seperti Sasha Saidin (Elite), Joe Flizzow, Zizan Razak dan tidak ketinggalan selebriti luar negara, Nicholas Saputra (Indonesia). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI