fbpx

[VIDEO] Bekas suami Jahidah dijel 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSMAINI ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Perbuatan kejam seorang peniaga yang memukul bekas isterinya sehingga cedera parah tiga tahun lalu dan mangsa kini terlantar koma berbalas apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun.

Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan itu ke atas Rosmaini Abd. Raof, 41, selepas pasukan pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Mahkamah turut menolak permohonan barisan peguam tertuduh diketuai Kamal Hisham Ja’afar untuk menangguhkan hukuman sehingga rayuan dibuat ke Mahkamah Tinggi. Hukuman penjara ke atas Rosmaini bermula hari ini.

Pada 3 November lalu, keputusan akhir kes pembelaan itu terpaksa ditangguhkan selepas Rosmaini gagal hadir ke mahkamah atas alasan dimasukkan ke wad hospital kerana tidak sihat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu manakala tertuduh diwakili Kamal Hisham, Mohd. Salleh Togimin dan Aina Kamilah Zalizan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI