fbpx

Laporan interim pengasingan peranan Pendakwa Raya, Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Khas Teknikal sedang menyediakan laporan interim berhubung kajian empirikal komprehensif pengasingan peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Timbalan Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, pasukan tersebut dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) menyediakan laporan interim tersebut dalam tempoh satu tahun.

Menurutnya, perkara itu adalah fasa kedua bagi kajian empirikal dalam meneliti secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan.

“Selain itu, kajian empirikal ke Kanada merangkumi Ottawa dan Toronto telah diadakan dari 6 hingga 9 Mei lalu, manakala kajian empirikal ke Australia merangkumi Melbourne dan Canberra telah diadakan pada 3 hingga 6 Jun lalu.

“Kajian Empirikal ini disertai antara lain, Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, BHEUU, JPM dan AGC,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh) berhubung status terkini bagi usaha pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI