fbpx

Peniaga dituduh langgar mati pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chandra dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau atas tuduhan melanggar seorang pelajar sekolah sehingga mati di Jalan Bahau-Rompin, Oktober lalu. -FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

JEMPOL – Seorang peniaga kecil-kecilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas tuduhan melanggar seorang pelajar sekolah sehingga mati di kilometer 0.5, Jalan Bahau-Rompin, Oktober lalu.

Tertuduh, G. Chandra, 59, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu sebuah trak jenis Mitsubishi Triton telah memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya dengan cara yang merbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian kepada seorang pelajar sekolah lelaki berusia 17 tahun pada 27 Oktober lalu.

Majistret kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin beserta lesen digantung sehingga kes selesai. Kes disebut semula pada 15 Januari ini bagi lantikan peguam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI