fbpx

Bekerja tiga hari seminggu, sukarkan serap guru KAFA ke gred tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keperluan bekerja tiga hari seminggu bagi guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menjadi kesulitan untuk menyerap mereka kepada gred tetap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, hal ini kerana ia tidak memenuhi syarat untuk menyerap guru KAFA dalam gred tersebut.

“Setakat ini keperluan yang diperlukan iaitu tiga hari bekerja tidak memenuhi syarat tersebut.

“Oleh kerana syarat-syarat tak dipenuhi lagi, ia kesulitan untuk serap guru KAFA untuk gred tetap. Itu jadi isu sebenar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Tampin) berhubung faktor guru KAFA yang masih tidak diserapkan dalam skim perjawatan tetap di bawah Kementerian Pendidikan.

Mohd. Naim berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berusaha memastikan kebajikan kepada guru KAFA termasuk kenaikan elaun.

“Memang Jakim sentiasa berbincang dan sentiasa berusaha untuk pastikan kebajikan mereka terjamin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI