fbpx

Banjir Negeri Sembilan: PPS pertama dibuka di Tampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhil meninjau PPS Balairaya Kampung Parit Buloh susulan banjir di Air Kuning Selatan, Gemencheh, di sini, awal pagi tadi. -IHSAN JPBD

TAMPIN – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini susulan hujan lebat mengakibatkan banjir di Air Kuning Selatan, Gemencheh, di sini, pukul 3 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Fadhil Hassan berkata, sehingga pukul 8 pagi tadi, PPS Balairaya Kampung Parit Buloh itu menempatkan 19 mangsa dari lima buah keluarga.

“Terdapat dua warga emas ditempatkan di PPS ini, manakala, tujuh lagi kanak-kanak dan selebihnya dewasa. Punca banjir kilat ini disebabkan hujan lebat dan limpahan air sungai,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI