fbpx

Hanya 892 mangsa banjir di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bandar Kota Tinggi hari ini kembali pulih daripada banjir berikutan cuaca baik sejak dua hari lalu.

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di negeri ini mencatatkan pengurangan mendadak hari ini apabila hanya seramai 892 mangsa daripada 276 keluarga masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka setakat pukul 4 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu berkurangan daripada seramai 2,943 orang daripada 812 buah keluarga yang direkodkan pada pukul 8 pagi.

Jelasnya, pengurangan itu ekoran cuaca baik sejak dua hari lalu.

“Setakat ini masih terdapat lima daerah yang terjejas akibat banjir dengan Kota Tinggi merekodkan paling ramai mangsa iaitu 612 orang yang ditempatkan di lima buah PPS.

“Ini diikuti dengan daerah Johor Bahru iaitu seramai 118 mangsa, Segamat (76 mangsa), Kluang (74 mangsa) dan Batu Pahat (12 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI