KOTA BHARU – Situasi banjir di Kelantan semakin pulih apabila terdapat hanya 43 yang mangsa masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Rantau Panjang dekat sini, hari ini.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, setakat pukul 8 malam tadi, mangsa yang terlibat itu terdiri daripada 12 buah keluarga.
Menurutnya, kesemua mangsa itu berada di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh, Rantau Panjang, terdiri daripada 17 lelaki, 16 wanita dan 10 kanak-kanak.
Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, paras Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat ketika ini berada pada paras waspada manakala sungai-sungai lain mencatatkan bacaan normal. – KOSMO! ONLINE