fbpx

[VIDEO] Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat di Presint 11, Putrajaya, petang tadi. Foto MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA – Hujan lebat sejak dalam tempoh beberapa jam menyebabkan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 mengalami banjir kilat petang tadi.

Ekoran hujan berkenaan juga terdapat beberapa kenderaan ditenggelami air.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.50 petang susulan hujan lebat.

Jelasnya, situasi berkenaan berada dalam keadaan terkawal dan air banjir dilaporkan telah surut.

“Penduduk dinasihatkan agar memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung video memaparkan kejadian banjir kilat berlaku di sekitar kawasan berkenaan, petang tadi. – KOSMO! ONLINE

@hamizahjaslee Semoga Dipermudahkan.. Perbadanan Putrajaya dah kene alert lar lepas ni.. #putrajayabanjir #presint11 ♬ wali band ya Allah – Muhamad albie away

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI