fbpx

Selangor perlu lupakan episod malang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OROZCO (tengah) berharap mereka dapat bangkit ke landasan kemenangan bertemu NSFC malam ini.

PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi menegaskan pemainnya sudah tiada masa untuk meratapi kegagalan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara 2 (ACL 2).

Sebaliknya, bekas penolong jurulatih Serbia itu mahu seluruh pasukan memandang ke depan bagi memastikan The Red Giants mampu berada dalam kelompok terbaik dalam pertandingan domestik.

“Saya tekankan kepada pemain, mereka perlu ada motivasi untuk bermain dan bagi saya ini adalah hal yang paling penting.

“Jadi, fokus pasukan sekarang adalah mengenai masa depan, itu saja,” katanya yang akan mengetuai pasukan untuk berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman malam ini.

Ketika ini, penyokong Gergasi Merah mula meluahkan kebimbangan selepas kelab kesayangan mereka itu turut dipalit kegagalan dalam saingan Piala Malaysia apabila tewas 2-3 kepada Sri Pahang FC di pusingan 16 terbaik.

Sementara itu, bintang import Selangor, Yohandry Orozco mahu semua pihak memberi ruang kepada Kinoshi dalam usaha membina skuad lebih baik.

Orozco juga senada dengan Kinoshi yang berpendirian bahawa tiada gunanya untuk meratapi kegagalan lampau.

“Jurulatih sudah pun membantu semua orang untuk bermain. Kami gagal di ACL 2 dan sekarang kami kena alih tumpuan kepada saingan domestik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI