fbpx

‘Influencer’ joget sakan di sisi kekasih sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang wanita berjoget di sebelah teman lelakinya yang terlantar kesakitan. - X

WASHINGTON – Perbuatan seorang pesohor media sosial di Amerika Syarikat yang bersahaja menari ketika teman lelakinya berusia 85 tahun terlantar di atas katil sebuah hospital mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @libsoftiktok menunjukkan wanita bernama Bronwin Aurora, 22, berjoget di dalam wad. 

Bahkan, tarian pelik itu dilakukan di sebelah teman lelakinya yang terlantar kesakitan. 

“Saya telah menerima wasiat, patutkah saya cabut soket mesin sokongan?” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan rata-rata, netizen mengecam perbuatannya kerana tidak menjaga sensitiviti.

“Semoga kamu ditinggalkan oleh warga emas itu!” marah seorang netizen. 

“Definisi wanita miskin sebenar!” marah netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI