fbpx

Peruntukan segera untuk sekolah yang lumpuh akibat banjir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina melawat dan melihat keadaan SMK Seri Gunong di Alor Setar yang terjejas berikutan bencana banjir yang melanda baru-baru ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan akan menyalurkan bantuan segera kepada sekolah yang terjejas teruk akibat bencana banjir baru-baru ini sehingga melumpuhkan sesi pembelajaran pelajarnya.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, semua pihak terlibat kini dalam proses penyelenggaraan dan pembaikan sekolah yang mengalami kerosakan tersebut ekoran situasi banjir yang semakin pulih.

“Kita akan ada peruntukan segera bencana ini, memang segeralah yang boleh dipohon segera oleh pihak sekolah sekiranya kerosakan itu memang akan melumpuhkan keseluruhan sekolah ataupun pendidikan anak-anak.

“Yang kedua adalah penyelenggaraan ini memang kita akan laksanakan sebelum sesi persekolahan yang akan datang bermula bagi memastikan anak dapat kembali ke sekolah dengan lebih kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong di sini yang terjejas teruk akibat bencana banjir pada bulan lepas.

Fadhlina menambah, isu berkaitan dengan kerosakan di sekolah terjejas itu akan ditangani dengan maklumat maklumat yang sedang dikumpulkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan pihak sekolah.

“Kita sedaya upaya nak kembalikan anak secara fizikal sekolah dengan segera tetapi kita kena pastikanlah sekolah selamat, kondusif, bersih untuk mereka menyambung pengajian mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI